Friday, November 12, 2010

exam bukan segala-galanya


hidup ni memang begitu
dunia kini macam exam oriented
betul2 x suka.. kesian pada yg x dpt score~
motivasi musnah, harapan punah, masa depan gelap!!
itu ke yg kita semua mahukan??
bukan itu erti sebenarnya hidup ni..
sesiapa yg akan survive dlm dunia persaingan kini bukan dgn menjadi selfish tapi sebenarnya
win-win situation, ambil berat, kerjasama..
sebab tu bila kerajaan berhasrat utk lupuskan PMR, aku sgt2 setuju!!!
kita dah tau bahawa kita memang perlu berusaha utk berjaya.
sume dah ada dream masing2~

byk contoh org2 yg betul2 berjaya sebabkan perkara x dijangka
mereka bukan 4 flatters
jauh lagi kalau cakap genius
contohnya,
tiger wood.
dia sebenarnya pelajar U amik law
dia fail dlm exam dia
dia x putus asa, itu bukan segala-galanya
so, dia ada semangat baru, dan nah!!!
sekarang gajinya ibarat rm 1500++ seminit
kalaulah dia jadi lawyer skarang, lebih2 pun gajinya rm 15 000 sebulan..

apa yg nak kongsikan di sini adalah,
exam bukan segala2nya dlm hidup ni
ia hanyalah dugaan yg sebesar zarah dari tuhan yg esa...
byk lagi dugaan dari-Nya yg lebih besar lagi kesannya..

kemalangan, kematian org yg tersayang, dibenci oleh masyarakat...
semua itu barulah ujian yg sebenar.

kita harus ingat, dunia baru sahaja bermula utk kita
perangkap2 yg keji senantiasa sedia utk memakan, mempergunakan kita...
saya amat sedih bila melihat cerita2 yg terpampang di dada2 akhbar masa kini
bayi dibuang, kes bunuh diri, penderaan, gejala sosial, kebuluran, konflik politik yg x berkesudahan..
bagaimana kita yg masih muda ini!! masih mentah ini!! masih boleh dilentur!
akan melangkah ke dunia yg seperti itu nanti, dimana belas kasihan tiada tempatnya, dimana yg kuat akan memijak yg lemah, yg mana nafsu menjadi raja!!!
ingat la
kalau fail, teruk exam, kita sanggup makan pil, kerat urat tangan, terjun bangunan..
apakah maknanya ini???

camtu nak pergi kedunia sebenar nanti?
apa akan dijawab dihadapn Rabb nanti?
exam bukan segala-galanya..
kalau kita faham erti sebenar pembelajaran ini, ia bukan ingin kita score pulun habis2 lalu pastu lupa semuanya..
tujuan belajar adalah supaya kita applykan, hayati dan sumbanglah kepada masyarakat pabila dewasa nanti..
akan ada suara2 yg seakan tidak senang....
-bukan ke sijil itu perlu utk dapatkan pekerjaan yg baik, yg dapat menjamin masa depan kita?
-saya x sanggup nak hancurkan harapan ibu bapa saya..
-saya tahu ini bukan yg saya mahukan, tapi....

WORLD CHANGE EVERYDAY
ALSO US.....

kita dulu bukan kita sekarang.
hari ni x kan sama dgn semalam.
dan esok x kan sama punya dgn hari ni.

saya ingin beritahu satu fitnah yg telah tertanam dalam diri setiap rakyat MALAYSIA SEJAK BERATUS TAHUN DAHULU!!! dan saya dapati, hanya org2 berjaya sahaja yg menyedari tentang tipu daya ini, dan mengatasinya, seterusnya melakar kejayaan gemilang dlm hidup mereka.

KENAPA? SIAPA MEREKA?


lee chong wei, mahatma ghandi, michael jackson, oprah winfrey, justin bieber.

seluruh umat pelusuk dunia mengenali mereka. Mereka ini saya gelarkan sebagai The less road travelers. ramai lagi insan2 yg berjaya membentuk masa depan seperti mereka. Apakah fitnah yg saya maksudkan itu?

Fitnah bahawa hanya ada 1 sahaja jenis kepandaian di dunia.
Itulah fitnah yg melanda semua pelajar2 Malaysia. mereka semua berhempas-pulas merebut kepandaian yg golongan cerdik pandai sebutkan sebagai kepintaran matematik dan logik. Padahal, tuhan telah menciptakan manusia dikurniai dgn pelbagai jenis kepintaran. kepintaran bahasa, muzik, ruang, gerak badan, interpersonal, intrapersonal, dan alam semula jadi. bagaimana seorang yg memiliki kepintaran bahasa spt J.K Rowling ingin berjaya dalam matematik, biologi atau fizik yang memerlukan kepintaran matematik dan logik. Tidak mungkin. Bagaimana pula seorang yg berkepintaran ruang spt Eric Leong ingin memenangi politik yang memerlukan kepintaran interpersonal.


kerana itulah pada awal lagi saya mahu kita semua sedar bahawa setiap kita ada kelebihan yg tiada pada orang lain. asah kelebihan itu. tonjolkan. bangga dgn diri kita. tidak perlu kita ingin mengejar kehebatan dlm kepintaran matematik dan logik jika kita bukan sebahagian darinya. 8A, 9A, bahkan 10A SPM. Itu hanyalah pencapaian dari 1 jenis kepintaran sahaja. ada lagi 7 kepintaran lain yg dunia sediakan untuk kita semua. memenangi pingat emas Olimpik. memenangi pilihan raya. memenangi anugerah juara lagu. memenangi anugerah sasterawan negara. memenangi anugerah Nobel keamanan.

Lihat! betapa indah dunia. bukankah tuhan telah berkata bahawa tiada siapa yg akan pernah dizalimi. nasib seseora
ng tidak akan diubah kecuali mereka yang mengubahnya. Berusahalah! ganbatte! !محاولة ลอง! try your best!